November 11, 2012


SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada sidang Redaksi Laman web SMK Kepala Batas kerana berjaya mewujudkan suatu laman  yang akan memberi banyak manfaat kepada semua warga SMKKB dan juga kepada semua pihak yang ingin berkongsi maklumat.

Sesungguhnya, dunia masakini dicabar dan didorong oleh pelbagai perubahan dan perkembangan teknologi globalisasi. Perubahan-perubahan yang berlaku itu telah membawa banyak kesan kepada sistem pendidikan negara yang juga berkembang dan bergerak seiringan dengan perkembangan teknologi. Kita tidak boleh nafikan bahawa kewujudan teknologi terkini  akan mewujudkan pelbagai cabaran khasnya dalam bidan Pendidikan.

Seharusnya semua warga smkkb menyahut cabaran ini untuk menganjak minda dan perubahan tingkah laku kearah yang lebih keratif, inovatif dan imaginarif demi melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang serta mencapai hasrat sepertimana yang termaktub dalam Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan.

Globalisasi dan ledakan teknologi memberi cabaran hebat buat kita semua. Untuk itu, para pelajar hendaklah memperkemaskan jati diri bagi merebut peluang sebegini. Kesinambungan ilmu duniawi dan ukhrawi adalah penting dalam membentuk sahsiah terpuji dan seterusnya membawa ke garisan penamatnya itu kecemerlangan diri.

Dengan slogan "MUAFAKAT MENUJU KECEMERLANGAN" yang sama-sama kita hayati dan patuhi, insyaallah kita akan dapat merealisasikan hasrat untuk menjadikan sekolah yang cemerlang di antara sekolah-sekolah yang setaraf dengannya. Insyaallah.

 Sekian

Terima Kasih 

Tuan Haji Zarawi bin Haji Dogol
Pengetua Cemerlang 


_______________________________________________________________________

PENGURUSAN PENTADBIRAN

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN        :  W. HASNA BT. W. ALI

PENOLONG KANAN HEM                           :  EN. SUHIZA BIN YUSOF

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM       : EN. ONWI BIN HAJI HARUN

GURU KANAN SAINS                                   :  PN. SITI AMINAH BT HASSAN

GURU KANAN KEMANUSIAAN                  :  PN. ROSLIANA BT. AHMAD RAMLI

GURU KANAN BAHASA                              :  PN FAUZIAH BT ALI

GURU KANAN TEKNIK @ VOKASIONAL : PN. DOLLINA BT. ABDUL GHAFFAR 

Lagu Sekolah


Sekolah Menengah Kepala Batas
Semboyan suci kini megah berbunyi
Bergerak maju cita yang satu
Menuju ke mercu kejayaan


Kita tetap bersatu
Kita tetap berusaha
Mencapai cita-cita
Amanah tak akan kita persiakan
Demi nusa bangsa

Sekolah Menengah Kepala Batas
Wawasan murni kini megah menanti
Menabur bakti untuk pertiwi
Muafakat menuju kecemerlangan


Ciptaan dan lirik :

Encik Mohd Azni bin Mohd Asa'adPenolong Kanan Kokurikulum SMKKB(Sempena 20 tahun usia SMKKB)


SENARAI PENGETUA SMKKB


SMKKB Dari udara

Lencana

Penerangan Logo

Merah
Semangat yang kental untuk belajar bagi mencapai kejayaan yang cemerlang

Putih
Kesucian dari segi mental dan fizikal serta suci dalam tutur kata

Hijau

SMKKB dikelilingi oleh dengan kawasan pertanian iaitu sawah padi yang menghijau dalam keadaan harmoni

Motto
" Muafakat Menuju Kecemerlangan "

November 08, 2012

SEJARAH SMKKB



Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas ditubuhkan pada 1 Januari 1976. Penubuhannya bermula apabila terdapat kekurangan sekolah menengah di daerah Kubang Pasu terutamanya bagi pelajar-pelajar di sekitar Lengkuas, Bukit Pinang, Lepai dan juga Hutan Kampong.

Pada waktu itu, terdapat lebih kurang 300 orang pelajar menghadapi masalah untuk pergi ke sekolah menengah yang jauh dari tempat tinggal mereka. Pelajar-pelajar yang ingin masuk ke tingkatan satu terpaksa memilih sama ada Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik, Alor Star yang jauhnya 16 km dari tempat mereka, atau pun Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra yang jaraknya hampir 13 km dari kediaman mereka. Sekolah-sekolah berkenaan juga mempunyai bilangan pelajar yang ramai dan tidak mampu menampung lebih ramai pelajar lagi.

Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah pada masa itu telah mengisytiharkan penubuhan sekolah ini pada tahun 1976, walaupun bangunannya masih belum ada. Hanya pada tahun 1978 tender dikeluarkan untuk membina sekolah ini di tapak yang ada sekarang. Walau bagaimanapun persetujuan telah dibuat dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, maka sekolah ini telah ditumpang di sekolah tersebut pada sesi persekolahan yang dijalankan pada waktu petang.

Pada tahun pertama sekolah ini ditubuhkan, Encik Noordin bin Dahaman telah dilantik sebagai Pengetua pengasas dengan jumlah pelajar seramai 245 orang. Pada awalnya hanya terdapat 6 kelas sahaja iaitu sebuah Tingkatan Peralihan dan lima kelas Tingkatan Satu aliran Sains Rumah Tangga / Sains Pertanian. Hanya terdapat 8 orang guru penolong (5 orang daripadanya guru sementara) tetapi kini setelah 30 tahun berlalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas mempunyai 57 orang guru, 711 orang pelajar dan 17 orang staf bukan akademik.



 PENORAMA SMKKB


SATU MALAYSIA PELAJAR DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN











                           GIMIK PERESMIAN MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL
                              SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS
                                               TAHUN 2011 (INOVASI EN. ONWI)







     WAKAF SEBELUM






                             WAKAF SUMBER ILHAM - SELEPAS

                      GIMIK PERESMIAN MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL
                                    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS
                                                  TAHUN 2009 (INOVASI EN. ONWI)

                                                   SMKKB PASTI AKAN CEMERLANG

                                     KEJAYAAN MENANTI DI HUJUNG PERJALANAN




                                DERUAN AIR MEMECAH SUNYI MENAMBAH CERIA